Siaran Akhbar dan Infografik : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 24 Februari. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) masih membukakan permohonan kemasukan bagi Sesi Akademik 2025/2026 sehingga 8 Mac 2025, secara dalam talian.
Sebagai sebuah institusi perguruan ugama yang unggul dalam melahirkan modal insan holistik yang memenuhi keperluan negara, KUPU SB menawarkan program pengajian daripada peringkat pra-siswazah hingga ke peringkat pasca siswazah.
Adapun Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama KUPU SB telah mendapat pengiktirafan akreditasi antarabangsa daripada AsTEN Teacher Education Quality Assurance Agency (ATQA) yang dinaungi oleh The Association Of Southeast Asian Teacher Education Network (AsTEN) iaitu sebuah entiti bertauliah ASEAN.
Pengiktirafan ini mencerminkan kredibiliti dan dedikasi KUPU SB dalam usaha menawarkan program Pendidikan Ugama yang berkualiti tinggi dan memenuhi piawaian antarabangsa.
Bagi keterangan lanjut mengenai permohonan kemasukan, bolehlah melayari laman sesawang www.kupu-sb.edu.bn.